Tuesday 29 May 2012

SYUKUR













(SURAH IBRAHIM,14:AYAT 7)

MAKSUDNYA: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan tambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih!”
MEANING: And remember your Lord caused to be declared (publicly): “If you are grateful, I will add more (favours) unto you;but if show ingratitude,truly My punishement is terrible indeed!”

شكور          
Satu kalimah yang mudah diungkapkan oleh kalam manusia tetapi sukar untuk di tafsirkan dalam perbuatan,tidak ramai yang istiqamah dalam mempraktikkannya.
Marilah sama-sama kita merenung sejenak, ayat yang dipetik dari KALAM ALLAH (ayat di atas).Dari sudut kefahaman umum,syukur dapat ditakrifkan dalm pelbagai maksud. Di sini,saya ingin menumpukan kepada satu takrifan syukur. “Syukur ialah satu pengiktirafan hamba terhadap ALLAH atas segala anugerah yang telah dikurniakanNYA.”
Apa yang dapat di fahami dalam ayat di atas adalah,ALLAH akan menambah nikmat kepada hambaNYA sekiranya hambaNYA bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Semakin banyak kita bersyukur,semakin banyak ALLAH beri nikmat kepada kita. Sebaliknya,jika kita menginkari atau kufur terhadap nikmat yang diberikan atau dalam erti kata mudah, tidak mensyukuri nikmat yang diberikan, maka ALLAH akan mendatangkan azab yang sangat pedih. Sebenarnya ayat yang ke-7 ini merupakan kesimpulan dari ayat 1-6 surah Ibrahim.
Jika diperhatikan, ALLAH menggunakan " ربكم " dalam ayat di atas. Mengapa ALLAH tidak menggunakan perkataan "الله "??? Menurut pendapat ulama’ tafsir, antaranya Qurthubi;perkataan RABB digunakan untuk menunujukkan sifat ALLAH yang bersifat RUBUBIYYAH (Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.)  Sekiranya perkataan ‘ALLAH’ digunakan,maka sifatnya yang bersifat penaung sekeliling alam tidak menyerlah. Tiada siapa yang mampu mentafsirkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘ALLAH’. Ulama’ dalam bidang bahasa pn banyak berselisih pendapat dalam membahaskan asal kalimah ALLAH. Jadi perkataan RABB digunakan bagi menyerlahkan sikap yang ada pada diriNYA. Di sini lah ALLAH meminta hambaNYA untuk memanfaatkan akal yang telah diberikan kepada setiap manusia. ALLAH suruh kita berfikir rahsia di sebalik susunan2 kalamNYA, supaya kita mengetahui dengan sebenarnya mesej yang ingin ALLAH sampaikan kepada kita.
Berdasarkan ayat yang bermaksud-“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan tambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih!”         Dalam ayat ni, dapat diperhatikan bahawa ada hubungan negative(-) & positif(+).
+:semakin bersyukur,semakin bertambah nikmat
-:kufur nikmat mengundang azab ALLLAH
Bukanlah yang dimaksudkan dengan ‘kufur nikmat’ itu menolak pemberian orang dan sebagainya. Akan tetapi’ia bermaksud menyalahgunakan nikmat yang diberikan. Penggunaan nikmat yang tidak dikenali syariat.
Dalam ayat terakhir, “sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”-ALLAH tidak menggunakan ‘direct statement’ seperti “sesungguhnya AKU akan mengazab mereka yang kufur nikmat”. ALLAH hanya member amaran bahawa azabNYA sangat pedih. Bukan bermaksud ALLAH hanya bercakap semata-mata,tetapi ia juga membawa maksud bahawa ALLAH akan melaksanakannya.
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri & saudara saudari sekalian, marilah sama2 kita mempraktikkan/mengamalkan apa yang dikatakan dengan SYUKUR. Sesungguhya syukur tidak dapat dizahirkan tanpa adanya TAUHID. Walaupun nikmat yang kita dapat adalah sikit,walaupun kita mendapat kurang daripada yang diminta daripada ALLAH,namun ia tetap dinamakan NIKMAT. Nikmat itu tidak dihitung dengan kuantiti,harga,rasa & yang seumpama dengannya. Ketahuilah bahawasanya nikmat dihitung dengan MASA. Misalan; air oren itu tidak akan berubah rasa melainkan MASA yang mengubah rasanya, kerana RASA itu memang tidak berubah & tidak juga bergerak,akan tetapi yang berubah adalah MASA.
Siapalah kita untuk ‘argue’ nikmat yang kita dapat??? Lagipun,sangat banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Tanpa kita sedar,setiap detik,setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap…….setiap…….,ALLAH memberikan kita nikmat iaitu nikmat UDARA,melihat,mendengar,berkata-kata & sebagainya.
Marilah sama2 kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Marilah kita kembali kepada ajaran AL-QURAN & AS-SUNNAH. Marilah kita menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Inilah serba ringkas yang dapat saya kongsikan secara umum. Kalau nak dipanjangkan,pembahasannya agak kompleks kerana penerangannya lebih kepada takrifan huruf bahasa arab. Sekian,yang baik & buruk itu datang dari ALLAH,yang buruk itu disandarkan kepada diri saya sendiri. Mohon teguran dari kalian sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini.