(SURAH
IBRAHIM,14:AYAT 7)
MAKSUDNYA:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti kami akan tambahkan (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur
(nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih!”
MEANING:
And remember your Lord caused to be declared (publicly): “If you are grateful,
I will add more (favours) unto you;but if show ingratitude,truly My punishement
is terrible indeed!”
شكور
Satu kalimah yang mudah
diungkapkan oleh kalam manusia tetapi sukar untuk di tafsirkan dalam
perbuatan,tidak ramai yang istiqamah dalam mempraktikkannya.
Marilah sama-sama kita
merenung sejenak, ayat yang dipetik dari KALAM ALLAH (ayat di atas).Dari sudut
kefahaman umum,syukur dapat ditakrifkan dalm pelbagai maksud. Di sini,saya
ingin menumpukan kepada satu takrifan syukur. “Syukur ialah satu pengiktirafan
hamba terhadap ALLAH atas segala anugerah yang telah dikurniakanNYA.”
Apa yang dapat di fahami dalam ayat di atas adalah,ALLAH
akan menambah nikmat kepada hambaNYA sekiranya hambaNYA bersyukur dengan nikmat
yang diberikan. Semakin banyak kita bersyukur,semakin banyak ALLAH beri nikmat
kepada kita. Sebaliknya,jika kita menginkari atau kufur terhadap nikmat yang
diberikan atau dalam erti kata mudah, tidak mensyukuri nikmat yang diberikan,
maka ALLAH akan mendatangkan azab yang sangat pedih. Sebenarnya ayat yang ke-7
ini merupakan kesimpulan dari ayat 1-6 surah Ibrahim.
Jika diperhatikan,
ALLAH menggunakan " ربكم "
dalam ayat di atas. Mengapa ALLAH tidak menggunakan perkataan "الله "??? Menurut pendapat ulama’ tafsir, antaranya Qurthubi;perkataan
RABB digunakan untuk menunujukkan sifat ALLAH yang bersifat RUBUBIYYAH (Tauhid ar-Rububiyyah
bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara
dan Tuan sekelian alam.) Sekiranya perkataan
‘ALLAH’ digunakan,maka sifatnya yang bersifat penaung sekeliling alam tidak
menyerlah. Tiada siapa yang mampu mentafsirkan apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan ‘ALLAH’. Ulama’ dalam bidang bahasa pn banyak berselisih
pendapat dalam membahaskan asal kalimah ALLAH. Jadi perkataan RABB digunakan
bagi menyerlahkan sikap yang ada pada diriNYA. Di sini lah ALLAH meminta
hambaNYA untuk memanfaatkan akal yang telah diberikan kepada setiap manusia.
ALLAH suruh kita berfikir rahsia di sebalik susunan2 kalamNYA, supaya kita
mengetahui dengan sebenarnya mesej yang ingin ALLAH sampaikan kepada kita.
Berdasarkan
ayat yang bermaksud-“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan tambahkan
(nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku
sangat pedih!” Dalam ayat ni, dapat
diperhatikan bahawa ada hubungan negative(-) & positif(+).
+:semakin
bersyukur,semakin bertambah nikmat
-:kufur
nikmat mengundang azab ALLLAH
Bukanlah
yang dimaksudkan dengan ‘kufur nikmat’ itu menolak pemberian orang dan
sebagainya. Akan tetapi’ia bermaksud menyalahgunakan nikmat yang diberikan.
Penggunaan nikmat yang tidak dikenali syariat.
Dalam
ayat terakhir, “sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”-ALLAH tidak menggunakan
‘direct statement’ seperti “sesungguhnya AKU akan mengazab mereka yang kufur
nikmat”. ALLAH hanya member amaran bahawa azabNYA sangat pedih. Bukan bermaksud
ALLAH hanya bercakap semata-mata,tetapi ia juga membawa maksud bahawa ALLAH
akan melaksanakannya.
Oleh
itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri & saudara saudari sekalian,
marilah sama2 kita mempraktikkan/mengamalkan apa yang dikatakan dengan SYUKUR.
Sesungguhya syukur tidak dapat dizahirkan tanpa adanya TAUHID. Walaupun nikmat
yang kita dapat adalah sikit,walaupun kita mendapat kurang daripada yang
diminta daripada ALLAH,namun ia tetap dinamakan NIKMAT. Nikmat itu tidak
dihitung dengan kuantiti,harga,rasa & yang seumpama dengannya. Ketahuilah
bahawasanya nikmat dihitung dengan MASA. Misalan; air oren itu tidak akan
berubah rasa melainkan MASA yang mengubah rasanya, kerana RASA itu memang tidak
berubah & tidak juga bergerak,akan tetapi yang berubah adalah MASA.
Siapalah
kita untuk ‘argue’ nikmat yang kita dapat??? Lagipun,sangat banyak nikmat yang
ALLAH berikan kepada kita. Tanpa kita sedar,setiap detik,setiap saat,setiap
minit,setiap jam,setiap…….setiap…….,ALLAH memberikan kita nikmat iaitu nikmat
UDARA,melihat,mendengar,berkata-kata & sebagainya.
Marilah
sama2 kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Marilah kita kembali kepada ajaran
AL-QURAN & AS-SUNNAH. Marilah kita menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Inilah
serba ringkas yang dapat saya kongsikan secara umum. Kalau nak
dipanjangkan,pembahasannya agak kompleks kerana penerangannya lebih kepada
takrifan huruf bahasa arab. Sekian,yang baik & buruk itu datang dari
ALLAH,yang buruk itu disandarkan kepada diri saya sendiri. Mohon teguran dari
kalian sekiranya ada kesilapan dalam penulisan saya ini.